1) Membayar yuran sebelum/pada 10 haribulan setiap bulan. Kelewatan bayaran akan dikenakan RM50 pada setiap bil yang lewat. 2) Bayaran yuran adalah secra bulanan. • TIADA ISTILAH ‘CARRY-FORWARD’ UNTUK BULAN SETERUSNYA JIKA TIDAK HADIR PADA BULAN TERSEBUT • TIADA ‘REFUND’ diatas ketidakhadiran atas apa jua sebab 3) Jika cuti selama SEBULAN , notis perlu diberikan seawal 1 bulan dan bayaran yuran adalah 50% dari yuran bulanan untuk mengekalkan tempat/ nama dan pendaftaran. 4) Jika tiada notis, bil penuh akan dikenakan. Sekiranya tiada apa-apa bayaran diterima selama tempoh kanak-kanak cuti, pihak JCM akan menganggap pelajar tidak lagi berminat dan nama akan digugurkan. Jika ingin sambung perkhidmatan, ibubapa perlu membayar pendaftaran semula. 5) Kiraan hari/ daycare harian adalah RM60 SEHARI UNTUK SETIAP 1 KANAK-KANAK/PELAJAR (SEMUA KATEGORI UMUR) 6) Segala bayaran adalah ‘non-refundable’ tiada pemulangan wang atau pengurangan yuran pada ketidakhadiran dan penarikan diri atau taska diarahkan untuk kuarantin kerana penyakit berjangkit dan atas faktor keselamatan/ pergerakan (PKP/PKPD/LOCKDOWN) 7) Tunggakan yuran akan menyebabkan perkhidmatan akan dihentikan serta-merta. 8) Notis berhenti/ penarikan diri adalah selewat-lewatnya 1 bulan sebelum penarikan diri dan telah menjelaskan segala yuran atau bayaran berkaitan.