Ibu/bapa perlu mengikuti proses yang berikut bagi melengkapkan pendaftaran: 1. Membuat pendaftaran online dengan mengisi penuh maklumat yang diperlukan. 2. Membuat kiraan yuran tahunan dan mengesahkan jumlah bayaran bersama ketua guru, Ustazah Nadia (+60 18-380 4005). 3. Membuat bayaran penuh yuran tahunan setelah menerima invois. 4. Menandatangani borang terma dan syarat perkhidmatan sewaktu sesi bersama waris pada bulan Januari 2024 nanti. Sila pastikan bayaran yuran dibuat melalui payment gateway dengan menekan butang Bayar Online pada invois yang diterima. Sistem akan mengeluarkan resit terus kepada ibu/bapa setelah bayaran dibuat. Ibu-bapa yang ingin membuat tinjauan fizikal ke premis sekolah boleh membuat temujaji dengan ketua guru.